Takaful Nasional | Sama Berlindung Sama Beruntung
  Pengenalan Takaful
 

Konsep Takaful

Takaful, yang bermaksud saling menjamin, berasal dari perkataan Arab - “kafala”. Konsep takaful bertujuan mengalakkan tolong-menolong dan perpaduan di kalangan para peserta selari dengan konsep ta’awun. Dalam Islam, menolong atau menyediakan bantuan amatlah digalakkan. Ini dibuktikan melalui maksud firman Allah dalam surah al-Maidah (Ayat 2):

 “Tolong menolonglah kamu dalam perkara kebaikan dan taqwa, janganlah kamu menolong dalam perkara dosa dan permusuhan”.

Aplikasi

Di dalam perniagaan takaful, pemahaman dari maksud ini merupakan satu agenda yang penting. Ianya diterapkan kepada semua peserta yang mengambil perlindungan takaful untuk berniat ikhlas bagi saling jamin-menjamin di kalangan mereka ketika ditimpa musibah.

Secara amnya, objektif dalam industri takaful sebenarnya mempunyai persamaan dengan industri insurans konvensional. Kedua-duanya merupakan instrumen untuk membantu golongan yang tidak bernasib baik kerana ditimpa musibah. Secara jelasnya, kedua-dua instrumen ini merupakan satu cara yang moden untuk memindahkan risiko yang berlaku dan sudah menjadi kebiasaan, sesuatu ganjaran akan diberi kepada pihak yang sanggup menerima pemindahan risiko ini.

 

Maybank Credit Card Kini Menawarkan Kemudahan EzyPay Kepada Pemegang Polisi Takaful Nasional

 

Pengenalan Takaful | Perbezaan Takaful & Insurans | Prinsip Takaful | Produk Takaful Nasional | Artikel TakafulHubungi Wakil Takaful

 
  Today, there have been 12 visitors (13 hits) on this page!  
 
This website was created for free with Own-Free-Website.com. Would you also like to have your own website?
Sign up for free