Produk-produk yang disediakan oleh Takaful Nasional menawarkan pelbagai kelebihan perlindungan dan simpanan untuk anda.
Perlindungan ertinya, sekiranya berlaku kematian atau keilatan dan lain-lain musibah ke atas anda ataupun keluarga anda, maka anda akan mendapat pampasan yang bersesuaian dengan bentuk musibah dan perlindungan serta sumbangan yang anda pilih. Begitu juga sekiranya berlaku kemalangan, kerosakkan, kemusnahan dan lain-lain lagi terhadap harta benda anda atau syarikat anda.
Simpanan pula ertinya, bergantung kepada produk-produk Takaful yang anda sertai, anda boleh mendapatkan semula wang sumbangan anda setelah kontrak perlindungan anda matang dan juga mendapat manfaat mudharabah, iaitu perkongsian keuntungan antara syarikat dan anda.
Produk Takaful Keluarga menawarkan pelbagai bentuk perlindungan dan simpanan untuk anda dan keluarga.
Kebanyakkan produk-produk takaful keluarga memberikan manfaat pembayaran pampasan kepada waris anda sekiranya anda meninggal dunia dan juga sekiranya anda ditimpa keilatan kekal yang menyebabkan anda hilang punca pencarian seperti produk TN Mesra, TN Ehsan, TN Warisan dan lain-lain lagi. Ini bermakna, dengan menyertai produk takaful keluarga, anda tidak perlu risau akan keperluan kewangan keluarga anda sekiranya anda meniggal dunia atau ditimpa kemalangan yang teruk menyebabkan anda tidak boleh bekerja dan menampung keluarga anda lagi kerana mereka akan menerima sejumlah wang pampasan yang bersesuaian dengan produk yang disertai dan sumbangan yang dibuat.
Ada juga produk yang lebih fokus kepada keperluan anda seperti TN Sarjana yang menawarkan bukan sahaja perlindungan untuk anda dan anak anda, tetapi juga merupakan satu simpanan untuk tabung pendidikan anak anda pada masa hadapan. Dengan produk ini, anda boleh mengeluarkan sumbangan anda pada masa yang sesuai dan digunakan untuk menampung keperluan pendidikan anak anda. Begitu juga TN Prima yang menawarkan pulangan kewangan setiap 3 tahun sekali yang anda boleh gunakan untuk pelbagai aktiviti keluarga seperi ziarah, umarah, percutian, pelaburan dan lain-lain lagi. TN Afiah pula menawarkan pilihan kepada wanita untuk mendapatkan perlindungan daripada empat penyakit kritikal khusus dan juga bantuan perlindungan kepada mereka yang tersayang (anak-anak).
Produk-produk ini kebanyakkannya boleh diperkukuhkan lagi dengan 'rider' atau pelan perlindungan tambahan. Perlindungan yang boleh ditambah kepada perlidungan-perlindungan asas di atas termasuklah 'rider' kemalangan, hospital, penyakit dan lain-lain lagi.
Di antara faedah-faedah yang akan diperolehi dengan menyertai Pelan Takaful Keluarga ialah:
-
Para peserta akan mempunyai simpanan mereka sendiri iaitu wang yang dimasukkan ke dalam Akaun Peserta (AP).
-
Para peserta akan menikmati hasil keuntungan pelaburan yang tidak bercanggah dengan syarak mengikut kadar Mudharabah yang telah dipersetujui oleh peserta dan syarikat.
-
Waris para peserta akan menerima perlindungan dalam bentuk faedah-faedah perlindungan Takaful sekiranya peserta meninggal dunia sebelum tempoh matang sesuatu pelan.
Pengenalan Takaful | Perbezaan Takaful & Insurans | Prinsip Takaful | Produk Takaful Nasional | Artikel Takaful | Hubungi Wakil Takaful