Takaful Nasional | Sama Berlindung Sama Beruntung
  TN Warisan
 

Takaful Warisan merupakan skim takaful yang memberikan faedah simpanan dan perlindungan yang membolehkan anda merancang kewangan demi kesejahteraan anda dan generasi akan datang.

MANFAAT

Membolehkan perlindungan diteruskan sehingga umur 88 tahun walaupun sumbangan telah tamat.Itu lah dia kelebihan produk takaful nasional.

Di akhir tempoh kontrak jumlah Akaun Peserta akan dipulangkan bersama perkongsian keuntungan daripada akaun peserta dan lebihan Akaun Khas Peserta.

Penyertaan kanak-kanak berumur dari 6 bulan dibolehkan dengan perlindungan hingga ke tahap RM200,000.

Sekiranya berlaku hilang upaya kekal dan menyeluruh, jumlah perlindungan akan dibayar dalam 3 pembayaran. 20% daripada jumlah perlindungan dan Akaun Peserta Terkumpul serta keuntungan daripada Akaun Peserta apabila sahnya hilang upaya, 40% pada akhir tahun pertama dan kedua dari tarikh hilang upaya.

Manfaat Perlindungan Komprehensif

Manfaat sampingan perlindungan berikut boleh disertai dengan sumbangan tambahan.

  • Rider Bertempoh
  • Rider Penyakit Kritikal
  • Rider Manfaat Hospital
  • Rider Pampasan Kemalangan
  • Rider Manfaat Kematian dan Keilatan Akibat Kemalangan 
  • Rider Manfaat Pembayar untuk Pelan Juvana

KELAYAKAN PENYERTAAN

Had Umur : 6 bulan hingga 55 tahun
Tempoh Penyertaan : 33 sehingga 87 tahun
Umur Pada Tarikh Matang : 88 tahun
Perlindungan Minima : RM 10,000
Sumbangan Minima : RM 50 sebulan

Pengecualian Cukai Pendapatan

Kontrak ini layak menerima pelepasan cukai pendapatan tertakluk kepada keputusan muktamad Lembaga Hasil Dalam Negeri.

 

 
  Today, there have been 8 visitors (8 hits) on this page!  
 
This website was created for free with Own-Free-Website.com. Would you also like to have your own website?
Sign up for free