Takaful Nasional | Sama Berlindung Sama Beruntung
  TN Prima
 

Takaful Prima adalah satu pelan istimewa dengan pulangan berjadual serta kebebasan mutlak dalam perancangan kewangan semasa... pendidikan, umrah dan ziarah, melancong, pelaburan dan sebagainya.

MANFAAT

Jumlah perlindungan sepenuhnya akan dibayar dalam tempoh kontrak berkuatkuasa sekiranya berlaku kematian.

Sekiranya berlaku hilang upaya kekal dan menyeluruh, jumlah perlindungan akan dibayar dalam 3 pembayaran. 20% daripada jumlah perlindungan serta Akaun Peserta Terkumpul dan keuntungan daripada Akaun Peserta apabila sahnya hilang upaya, 40% pada akhir tahun pertama dan kedua dari tarikh hilang upaya.

Manfaat Survival-Setiap 3 tahun bermula dari akhir tahun ketiga kontrak. 10% dari amaun perlindungan berdasarkan pulangan pelaburan 4% setahun.

Baki manfaat survival berjadual termasuk Akaun Peserta serta keuntungan Akaun Peserta dan Lebihan Akaun Khas Peserta.

Nilai serahan Akaun Peserta terkumpul dari tahun kedua penyerahan.

Atas apa juga sebab, sekiranya anda tidak dapat meneruskan sumbangan, anda boleh memilih satu daripada pilihan di dalam 'peruntukan bukan lucuthak' untuk meneruskan penyertaan.

Manfaat Perlindungan Komprehensif

Manfaat sampingan perlindungan berikut boleh disertai dengan sumbangan tambahan.

  • Rider Bertempoh
  • Rider Penyakit Kritikal
  • Rider Manfaat Hospital
  • Rider Pampasan Kemalangan
  • Rider Manfaat Kematian dan Keilatan Akibat Kemalangan 
  • Rider Manfaat Pembayar untuk Pelan Juvana

KELAYAKAN PENYERTAAN

Had Umur : 6 bulan hingga 54 tahun
Tempoh Penyertaan : 18, 21, 24, 27 dan 30 tahun
Umur Pada Tarikh Matang : Sehingga 84 tahun
Perlindungan Minima : RM 10,000
Sumbangan Minima : RM 100 sebulan

 
  Today, there have been 4 visitors (4 hits) on this page!  
 
This website was created for free with Own-Free-Website.com. Would you also like to have your own website?
Sign up for free